Duhai sahabat…
…

maafkan aku...
Jika engkau membenci aku kerana apa yang aku telah lakukan…maafkan aku
Jika engkau membenci aku kerana kata2 ku…maafkan aku
Jika engkau membenci aku kerana pandangan ku terhadap mu…maafkan aku
Jika engakau membenci aku kerana teguranku kepada mu…maafkan aku
Jika engkau membenci aku kerana perlakuan dan akhlak ku…maafkan aku
……
Aku hanya memikirkan apa yang aku perlu lakukan..
Aku hanya memikirkan apa yang terbaik dapat ku lakukan untuk mu
Aku hanya memikirkan apa yang dapat menjadikan kamu gembira…tp mungkin tidak bahagia…
Maafkan aku…
…
Terkadang…aku jadikan kata2 mu ketika marah ny kamu…sebagai sesuatu yang dapat menggembirakan kamu… agar kamu tidak lagi marah…sedang kamu tidak ketahui…ia sebenarnya memakan diri ini….
Sahabat…andai ku tahu…itu yang kamu mahu…tidak ku cuba untuk berkeras kepada kamu…
biarpun ia untuk kebaikkan kamu…
biarpun ia penunjuk kasih sayang ku pada mu…
biarpun ia pemangkin semangat buat mu…
biarpun ianya adalah untuk kamu meningkatkan diri mu…
Maafkan aku…
...
Andai aku mencalarkan kaca buatan kita…
Andai aku membusukkan bunga yang terkuntum antara kita…
Andai aku mengotori kain lukisan kita…
Andai aku mengaburkan warna pelangi yang tersinar antara kita…
Andai aku menyembunyikan kecantikkan dan keindahan laut yang terbentang antara kita…
Andai aku merosakkan kesempurnaan kasih sayang terbina antara kita…
Maafkan aku…
...
hanya yang terbaik yang ku mahu lakukan untuk mu...
sungguh...jika aku punyai syurga di dunia....akan ku serahkan kepunyaan ku padamu...




